Surat terbuka Ezam kepada Majlis Syura Ulamak Pas

Kehadapan Al Fadhil Tuan-tuan Guru, Ustaz-ustaz dan Tuan-tuan ahli Majlis Syura Pas yang saya muliakan.
Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor 1.Pertamanya saya memohon maaf kerana menemui Tuan-tuan hanya menerusi warkah terbuka ini.
2.Surat ini lahir dari hati sanubari saya sendiri setelah mengikuti perkembangan Pas akhir-akhir ini dan keputusan-keputusan yang telah diambil dan akan diambil oleh Pas dalam meneruskan perjuangan sebagai sebuah parti.
3.Saya mengikuti perkembangan Pas kerana seperti ramai rakyat Malaysia lain di negara ini melihat Pas sebagai sebuah parti besar dan panjang sejarahnya dan tentunya relevan dalam konteks perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara secara keseluruhannya.
4.Lebih penting bagi saya sendiri kerana secara peribadinya saya kenal dekat dengan ramai kalangan pimpinan Pas kerana pada era awal Reformasi saya memimpin pemuda KeADILan bersama Pemuda Pas dan lain2 bergerak keseluruh pelosok tanahair bersama.Seingatan saya tidak ada kawasan Pas ditanahair ini yang saya dan rakan-rakan  tidak kunjungi.
5.Pada masa itu juga saya mengetuai jentera pilihanraya KeADILan dan berkesempatan dekat dengan pimpinan utama Pas termasuk Presiden Almarhum Ustadz Fadzil Nor.Justeru semasa saya dan rakan-rakan  ditahan ISA dan selepas itu saya dibawah OSA Almarhum Presiden Pas sendiri mengetuai kempen membebaskan kami.
6.Semasa saya berjuang melawan rasuah menerusi wadah GERAK selepas tidak aktif lagi didalam politik parti, saya dan pimpinan GERAK menganugerahkan tokoh politik paling bersih kepada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang pada masa itu menjadi MB Kelantan.Saya percaya pada ketika itu dan sehingga hari ini Almarhum merupakan tokoh politik negara yang paling bersih dan bebas rasuah.
7.Ramai dari kalangan Tuan-tuan  mengenali saya dan obsesi saya kepada setiap usaha melawan rasuah.Saya menyertai Umno kembali juga atas asas yang sama.Pada ketika itu Tun Abdullah Badawi menjadi PM dan merancang melakukan rombakan besar-besaran BPR kepada SPRM.Sebagai Pengerusi GERAK saya diminta terlibat dan membantu.Saya percaya pada ketika itu usaha PM Pak Lah dalam rombakan Akta BPR kepada Akta SPRM adalah suatu langkah perubahan melawan rasuah paling signifikan bagi pihak kerajaan.
8.Surat ini juga maudu' nya juga tetap soal rasuah.Fitnah atau dalam bahasa kita cabaran dan masalah terbesar ummat.Dan hari ini cabaran rasuah paling besar kerana ia berlaku secara terang-terangan dan besar-besaran di kalangan pemimpin tertinggi bersama keluarga dan kroninya.Malaysia dikenali sebagai model kleptokrasi terbesar dunia terkini.
9.Maruah negara,agama dan bangsa kita parah dengan hakikat ini.Lebih parah apabila Umno sebagai parti terkuat Melayu yang melahirkan PM sejak merdeka dipaksa terus mendokongnya juga dengan sogokan rasuah.Saya bersama mereka pada ketika itu.Saya tahu mereka tahu tetapi mereka tetap menyokong pemimpin rasuah ini kerana mereka juga dirasuah wang dan jawatan ataupun kerana mereka juga melakukan rasuah dan diancam sekiranya melawan.
10.Oleh kerana itu saya bertindak keluar dari Umno  dua  tahun lalu dan meletakkan jawatan JUSA tertinggi di Kementerian Kewangan walaupun kontrak saya masih panjang.Tentunya ianya bukan keputusan yang mudah tetapi hakikat yang ditampilkan jelas menunjukkan perlakuan rasuah,salahguna kuasa,kecurian wang rakyat dalam jumlah besar dan berleluasa dan tindakan-tindakan menutup pekung-pekung ini dengan mengorbankan penjawat2 awam yang berintegriti dan jujur adalah sesuat yang tidak boleh sama sekali kita kompromi.
Tuan-tuan Guru, Ustadz-Ustadz dan Tuan-tuan yang saya muliakan,
11. Saya meninggalkan jawatan JUSA tertinggi didalam kerajaan dan parti Umno kerana bahana rasuah sudah menjadi barah didalam Umno dan kerajaan yang dipimpin Umno.Kalau tidak esok,lusa atau satu hari nanti pastinya pekung ini akan terbongkar jua.Mereka hanya bertahan kerana berselindung dibawah akta seperti OSA, penjawat awam utama yang dirasuahkan dengan jawatan untuk melindungi mereka., dan media utama milik mereka yang terus menutup cerita kebenaran.Namun semuanya ini pasti akan lenyap dan pada waktu itu segala-galanya akan timbul dipermukaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :