Tahaluf Siyasi: PAS muktamadkan hubungan dengan PKR esok..!!!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Syura Ulama parti Islam itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan hubungan politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.
Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, ia merupakan susulan atas ketetapan yang dibuat pada Muktamar Tahunan Pas ke-36 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Jelas Ahmad, beliau akan turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," katanya, memetik laporan Utusan Online.
Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir, hari ini.
Keputusan mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu dilihat penting kerana boleh memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang kini diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bersama exco dari DAP dan parti Islam tersebut.
Selain Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dilantik bagi menggantikan arwah Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada bulan September 2016, majlis syura tersebut dianggotai oleh 15 anggota yang lain.
Antaranya ialah Ahmad sendiri, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :