ROME: Penunggang Superbike Dunia dari Amerika Syarikat Nicky Hayden, yang dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Itali minggu lalu, meninggal dunia.
Hayden, 36, yang memenangi gelaran dunia MotoGP 2006, mengalami kecederaan parah di dada dan kepala dalam kemalangan berkenaan yang berlaku ketika dia berkayuh di Rimini, Itali.
Hayden, yang mendapat jolokan "The Kentucky Kid", menunggang untuk pasukan Honda dalam saingan MotoGP dari tahun 2003 hingga 2015, sebelum beralih arah ke Kejuaraan Superbike Dunia pada tahun 2016.
Kematiannya menyusul selepas sebulan pelumba basikal profesional veteran Itali, Michele Scarponi terkorban selepas dirempuh sebuah van ketika berlatih berhampiran kediamannya. - AFP