Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar berkata ia untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti di peringkat atasan.
Katanya manakala Ketua pesuruhjaya SPRM pula perlu mengisytiharkan hartanya kepada Parlimen.
“Tidak ada bahaya, kerana setiap tahun senarai teratas 10 orang terkaya di Malaysia (dan nilai bersih mereka) disiarkan dalam media,” katanya dalam satu kenyataan.
Akhbar berkata harta perlu diisytiharkan oleh semua anggota eksekutif, peguam negara, ketua polis negara, panglima Angkatan Tentera Malaysia dan pihak pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Perisytiharan itu perlu dilakukan sebelum dan selepas memegang jawatan, dengan analisis nilai bersih dijalankan secara berkala.
“Proses itu harus merangkumi harta pasangan, tanggungan dan lain-lain anggota keluarga terdekat, serta kepentingan komersial atau institusi yang disertainya,” katanya.
Akhbar berkata satu bahagian khas yang terdiri daripada pakar perakaunan forensik dan penyiasat perlu ditubuhkan untuk melakukannya.
Katanya, mereka akan menyiasat dan mendakwa mereka yang gagal mematuhinya.
“Amalan seperti ini juga boleh mengelakkan tuduhan palsu dan meningkatkan kepercayaan orang ramai,” katanya.