Trump Pecat Pengarah FBI


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuat keputusan mengejutkan apabila memecat pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang mengetuai siasatan perhubungan kempen Trump dengan Russia.

"Presiden Trump menerima cadangan Peguam Negara dan Timbalannya berhubung pemecatan pengarah Biro Siasatan Persekutuan," kata jurucakap White House, Sean Spicer.

Pencarian bagi pengarah baru akan dimulakan serta-merta, kata White House dalam satu kenyataan.-AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :