Trump Puji Kempen Perangi Dadah Duterte


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji kempen perangi dadah yang dilancarkan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang sehingga kini mengorbankan ribuan mangsa.

The Washington Post dan The Intercept yang memetik transkrip yang dikeluarkan oleh Kerajaan Filipina, melaporkan pujian itu dinyatakan dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu pada 29 April lalu.

Perbualan telefon itu bertujuan membincangkan mengenai program nuklear dan senjata balistik Korea Utara.

Menurut transkrip itu, Trump turut mempelawa Duterte melawat Rumah Putih 'pada bila-bila masa yang sesuai', sebelum kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengadakan pertemuan di Filipina pada November ini.

"Semua negara mempunyai masalah, kami juga ada masalah tetapi anda sudah melakukan tugas yang baik dan saya mahu mengucapkan tahniah atas usaha itu," kata Trump. AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :