NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pulang ke kediaman peribadinya di New York buat kali pertama sejak menguasai Rumah Putih untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.
Bagaimanapun, ketibaannya disambut ratusan penunjuk perasaan yang berarak di bandaraya itu.
Namun, jumlah mereka yang hadir lebih kecil berbanding jangkaan awal.
"Hey, hey! Ho, ho! Donald Trump perlu letak jawatan!" kata peserta kumpulan ketika berarak ke sebuah kapal pengangkut pesawat yang tidak lagi beroperasi.
Kapal itu kini dijadikan muzium, lokasi Trump dijadualkan menyertai majlis makan malam dengan Turnbull.
Sebahagian besar dasar Republikan mendapat bantahan penduduk New York yang pro Demokrat.
Malah, 80 peratus daripada mereka mengundi saingan Trump iaitu calon Demokrat, Hillary Clinton pada pilihan raya presiden, November lalu. - AFP