Tukang Urut Didakwa Cabul Gadis


JOHOR BAHRU: Seorang tukang urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan mencabul seorang gadis berusia 20 tahun, pada 7 Mei lalu.

Tertuduh, Ramlee Abdullah, 53, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Dia dituduh menggunakan kekerasan jenayah kepada gadis berusia 20 tahun itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Ramlee dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 pagi di rumah beralamat di Jalan Titiwangsa 13, Taman Tampoi Indah di sini, 7 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir, manakala tertuduh diwakili peguam Datin Freda Josephine Gonzales. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :