WALAU TIDAK BERTANDING LAGI! RAFIZI TETAP BERBAKTI

Pada 14 November 2016 lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan audit 1MDB yang telah diOSAkan dan dihukum penjara selama 18 bulan.

Beliau dijatuhkan hukuman tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sementara Rafizi mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan undang-undang, seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan atau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya jika disabitkan dengan hukuman penjara lebih setahun atau denda melebihi RM2,000.

Dengan hukuman yang diterimanya itu dan tidak diketahui bila rayuannya akan didengar di Mahkamah Tinggi, dengan sendirinya bermakna Rafizi terhalang daripada bertanding untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pandan dalam PRU 14 akan datang.

Hakikat yang nyata ialah hukuman itu membuktikan beliau tidak memfitnah atau berbohong, sebaliknya pendedahan yang dilakukannya berkaitan 1MDB adalah berdasarkan dokumen yang tulin dan sahih.

Salahnya Rafizi cuma mendedahkan dokumen yang telah diletakkan di bawah OSA.

Tetapi, dari segi kepentingan kepada orangramai, Rafizi telah melakukan sumbangan dan pengorbanan yang besar seperti lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya kepada yang lain.

Dari segi logiknya, berikutan hukuman yang diterimanya itu, tidak salah dan tiada siapa yang marah jika Rafizi hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa lagi selepas ini.

Tetapi tidak demikian pilihan Rafizi. Beliau terus lantang dan berjuang mendedahkan pelbagai isu lain berkaitan 1MDB.

Tumpuan terbaru beliau ialah berkaitan dana SRC International yang pernah dianggap oleh salah seorang bekas pegawai kanan SPRM sebagai kes yang "straight forward" kesalahannya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :