NEW YORK: Saham perbankan dan petroleum susut sekali gus menolak ekuiti lebih rendah selepas data Amerika Syarikat (AS) menunjukkan inflasi sederhana dan keyakinan pengguna juga berkurangan.
Indeks ekuiti utama susut daripada rekod yang dicapai pada Jumaat pada hari pertama dagangan selepas minggu yang lebih singkat dengan penganalisis menegaskan pengambilan untung sebagai punca penyusutan.
Dow Jones Industrial Average susut 0.2 peratus untuk ditutup kepada 21,029.47.
Indeks S&P 500 jatuh 0.1 peratus kepada 2,412.91, sementara Indeks Komposit Nasdaq susut 0.1 peratus kepada 6,203.19.
Kedua-dua indeks iaitu S&P 500 dan Nasdaq menamatkan dagangan tertinggi pada Jumaat.
Rizab Persekutuan memilih langkah yang mengekalkan inflasi pada paras sederhana pada April, walaupun berlaku peningkatan yang sederhana.
Sementara itu, keyakinan pengguna susut buat bulan kedua berturut-turut pada Mei, demikian menurut datang yang diumumkan pada Selasa. - AFP