2. Selasa lepas, PKR parti yang sememang bernafsu besar telah mengeluarkan arahan kepada MB Selangor untuk memecat 3 exco Pas sebaik tiba di Balai Ketibaan KLIA. Apa yang mengejutkan, Azmin tidak akan akur dengan arahan tersebut. Apa nak jadi, jadilah. Untuk memecat 3 exco Pas, Azmin tidak akan buat. Dia akan melawan arahan PKR. Tindakan yang sama seperti tindakan Tan Sri Khalid 3 tahun dulu.
3. Azmin melalui Pejabat MB menghantar mesej yang jelas. Tidak ada pemecatan. Akhbar *Selangorkini* yang diletakkan di bawah Pejabat MB, telah memuatkan berita utama yang mengejutkan. Pada keluaran 19 Mei 2017, Pejabat MB jelas memasukkan Pas dalam team PAKATAN yang meraih 69% sokongan rakyat Selangor. Tiada lagi istilah Pakatan Harapan (PH). Ia adalah hasil dapatan *Institut Darul Ehsan (IDE)*.
4. Pada Januari lalu, kajian IDE mengasingkan Pas dalam Blok Ketiga, team yang berasingan. Tetapi tidak pada kajian April ini. Cerita sebenarnya ialah, *Pas* meraih *42%* dan *PH* hanya meraih *27%* sahaja, sementara *BN 31%* populariti. Hasil kajian Januari dan April dilihat konsisten dan sama. Pas masih menjadi parti paling popular. Pakar-pakar politik tempatan melihat ini sebagai cubaan Azmin untuk memujuk Pas kekal bersama-sama. Itu isyarat tersembunyi tiada istilah pecat utk 3 exco Pas.
5. Bukti kedua ialah jadual mesyuarat rutin exco-exco berjalan seperti biasa. Jemputan telah dikeluarkan oleh Pejabat MB kepada semua Pejabat Exco termasuk 3 exco Pas. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada hari Rabu 24hb Mei, Mesyuarat MTES pada hari Khamis 25hb Mei dan Mesyurat Standco Tanah pada hari Jumaat 26hb Mei. Keadaan di 3 pejabat Exco Pas juga tenang dan terkawal, seolah-olah Pas pegang MB.
6. Bola sekarang di kaki Wan Azizah. Wan Azizah yang mengeluarkan arahan dan sekarang arahan tersebut dilanggar di depan mata. Apakah Plan B Pkr? Adakah Azmin akan dipecat? Adakah PH atau lebih spesifik Dap dan Pan akan berdiam diri? Tindakan Azmin jelas bertentangan dengan arahan Majlis Presiden PH. Adakah PH boleh berkompromi?
7. Kepada peminat politik di luar sana, sekali lagi anda akan menyaksikan siri pemecatan MB dari partinya. Sekali lagi, Selangor akan mendapat MB bebas. Sekali lagi, MB bebas akan diuji dengan jumlah majoriti yang tak jelas. Sekali lagi, Istana Melawati disibukkan dengan menemuramah setiap Adun untuk mengetahui nasib Azmin. Sekali lagi, akan ada sesi lompatan parti bagi Azmin mendapat majoriti. Lompat dari mana ke mana?
8. Jika Azmin telah dipecat, maka Pkr bukan lagi partinya. Azmin akan mendapat majoriti dengan sokongan Pas (13 adun), BN (11 adun), adun-adun Pkr yang setia dengannya dan juga adun-adun Dap yang akan dibeli oleh BN. Dalam kes Perak, krisis ini selesai dalam masa 2 minggu sahaja. Segala transaksi dilakukan di negara ketiga. Maknanya sebelum raya nanti, krisis Selangor akan selesai. Dalam bacaan politik, itulah sahaja pilihan yang Azmin ada. Dia akan semakin kuat bukan di bawah Pkr atau PH. Dia akan bertambah kuat di Blok yang baru. The strongest Azmin, moto baru Selangor.
Haji Harun Sheikh Malik
Cafe de Gulf, Brussels
19 Mei 2017