WhatsApp Alami Masalah, Jutaan Pengguna Terjejas


SAN FRANCISCO: Masalah yang dihadapi WhatsApp, perkhidmatan pesanan yang dimiliki oleh Facebook Inc selama beberapa jam di seluruh dunia awal pagi tadi, berjaya diselesaikan.

"Awal hari ini, pengguna WhatsApp di beberapa bahagian di seluruh dunia, gagal menggunakan perkhidmatan itu selepas beberapa jam.

"Kami berjaya mengatasi masalah itu dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," kata WhatsApp.

Sebelum ini, Facebook Inc mengesahkan perkhidmatan WhatsApp mengalami gangguan perkhidmatan awal pagi tadi dan giat berusaha mengatasi perkara itu.

Jurucakapnya mengesahkan perkara itu dalam satu pesanan emel, namun tidak mendedahkan kawasan terjejas.

Menurut wartawan Reuters, perkhidmatan WhatsApp dilaporkan terjejas di sebahagian kawasan di India, Kanada, Amerika Syarikat dan Brazil, membabitkan pengguna sistem iOS, Android dan OS.

Bagaimanapun, laman web WhatsApp dilaporkan berfungsi seperti biasa.

Facebook berkata, lebih 175 juta menggunakan aplikasi WhatsApp secara aktif setiap hari bagi memuat naik status dan berkongsi gambar menerusi Snapchat. - Reuters

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :