14 Premis Terlibat Aktiviti Persundalan Diserbu


KUCHING: Sejumlah 14 premis yang dipercayai terlibat aktiviti persundalan dengan berselindung disebalik rumah urut, pusat karaoke dan hotel bajet telah diserbu pihak polis sepanjang bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Dato Dev Kumar berkata, disamping usaha membenteras judi haram, pihaknya juga memfokuskan serbuan terhadap kegiatan persundalan.

Menurutnya, hasil serbuan yang di lima daerah, seramai 59 orang wanita telah ditahan; 26 merupakan warganegara Vietnam, 17 Indonesia, 9 Cina, 2 Thailand dan 5 warga tempatan.

"Pelbagai barang berkaitan aktiviti seksual turut dirampas di premis berkenaan.

"Semua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut kanun keseksaan dan dibawah akta imigresen," katanya

Dev mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Sarawakiana di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan, pihaknya akan meningkat usaha membasmi premis-premis yang terlibat mempromosikan aktiviti persundalan di seluruh negeri. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :