JALALABAD: Sekurang-kurangnya dua anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh manakala dua lagi cedera ditembak seorang anggota komando Afghanistan ketika satu operasi bersama di wilayah Nangarhar, hari ini.
Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata, kejadian berkenaan berlaku di daerah Achin yang sekian lama menjadi lokasi pertempuran antara pasukan keselamatan AS dan Afghanistan terhadap militan Daesh serta Taliban.
Anggota komando berkenaan turut terbunuh dalam insiden itu. Punca kejadian masih dalam siasatan. - REUTERS