Ia selepas mahkamah semalam mengejutkan ramai pihak dengan membebaskan seorang ahli perniagaan yang sebelum ini diburu polis.
PETALING JAYA: Pertubuhan hak asasi antarabangsa Amnesty International hari ini menuntut dibuka semula siasatan mengenai kes pembunuhan aktivis PKR Sarawak Bill Kayong, selepas mahkamah semalam melepaskan 3 lelaki tanpa memanggil mereka membela diri.
“Keputusan mahkamah itu bermaksud tidak ada akauntabiliti terhadap kematian Bill Kayong, seorang aktivis alam sekitar dan pejuang hak asasi yang ditembak mati pada 21 Jun 2016 ketika ke tempat kerja,” kata Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia, Shamini Darshni Kaliemuthu.
Keputusan melepaskan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang dan 2 lelaki lain daripada tuduhan membunuh Bill mengejutkan beberapa pihak, dan mencetuskan kemarahan ahli keluarga dan sahabatnya yang melakukan protes di luar Mahkamah Tinggi Miri semalam.
Lee dan pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, pemilik pub Lie Chang Loon, 37, serta Mohamad Fitri Pauz, 30, dituduh membunuh dan bersubahat membunuh Bill di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di lencongan Jalan Kuala Baram.
Hakim bagaimanapun memerintahkan Fitri membela diri, selepas melepaskan Chin dan Lie.
Lee sebelum ini diburu polis selama beberapa bulan, selepas meninggalkan Malaysia 2 hari selepas kejadian itu.
Bill atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, merupakan setiausaha PKR Miri, dan aktif memperjuangkan tanah adat daripada dirampas untuk penanaman kelapa sawit di Sungai Bekelit.
PKR semalam berkata keputusan itu bukti penduduk asal Sarawak masih tidak boleh mendapatkan keadilan.
“Sekali lagi, mesej kepada penduduk Sarawak ialah, tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menyekat penindasan masyarakat mereka dan penafian hak mereka,” kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.
Beliau turut mempersoalkan mutu pihak pendakwaan dan sejauh mana mereka serius memastikan sabitan dalam kes itu.
“Bagaimana tahap kecekapan timbalan pendakwa raya dalam menangani kes jenayah besar?
“Apakah pihak pendakwaan benar-benar cuba membangunkan sebuah kes yang kuat?”
Related Posts :
Saya tidak akan bekerja dengan PAS, kata ADUN Morib
Dilabel "pengkhianat" oleh ahli PAS Selangor, ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang keluar dari parti itu dua tahun lalu untuk menyertai Ama… Read More...
PRU 14 : PKR Beri Laluan PPBM & Amanah Lawan PASAIDCNews
PKR dilaporkan telah memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) un… Read More...
Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...
Kit Siang Disaran Tidak Tanding PRU14 Atas Faktor Kesihatan December 29, 2017 AIDCNews1 Comment SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang lebih-lebih lagi atas faktor usia dan kesihatan, susulan pembedahan penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Kit Siang patut memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga, selain faktor dirinya sendiri sudah terlibat dalam politik lebih daripada separuh abad. “Beliau pun sudah lama dalam politik, dan bagi saya (beliau) dah tidak relevan. Sepatutnya ditampilkan lebih ramai generasi baru. Tapi sesetengah orang memang susah sikit nak berhenti. “Saya rasa inilah masa untuk berehat, dengan keadaan tak berapa sihat. Bukan Kit Siang saja, mana-mana pemimpin yang sudah tak berapa sihat sangat, tak payahlah,” katanya kepada Antarapos. Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada 19 Disember lalu menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bapanya menjalani prosedur ‘laparoscopic partial nephrectomy’ untuk membuang tumor yang dikesan ketika pemimpin veteran itu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Kit Siang, 76, sebelum ini tidak menolak untuk bersara selepas berkecimpung dalam arena politik selama 51 tahun. Beliau juga pernah membayangkan bahawa PRU14 berkemungkinan menjadi medan pilihan raya terakhir untuknya. Beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) pernah mengkritik Kit Siang kerana pemimpin itu kekal menerajui DAP dalam tempoh yang lama, seolah-olah menampakkannya seorang diktator kepada partinya sendiri. “Dalam konteks ini, untuk menolak beliau ketepi mungkin dirasakan tidak sesuai. Tapi bagi saya elok beri kepada pemimpin muda yang lebih bertenaga. Beliau boleh ‘guide’ dari jauh, tak perlu bertanding lagi dan sebagainya. “Namun bagi pandangan orang politik, dia tak boleh tinggalkan legasinya begitu saja sebagainya. Ada perkara yang belum dicapai, dia mahu capai dahulu. Itu yang menyebabkan mereka susah sikit nak berhenti,” kata Mohd Azizuddin –APAIDCNews
SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU… Read More...
PPBM : Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan… Read More...