JOHOR BAHRU: Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini beraksi dengan pasukan Selangor, Amri Yahyah antara antara pemain bola sepak tempatan yang menerima cincin khas daripada JDT.
Laman Facebook rasmi JDT melaporkan, kelab bola sepak itu memberi cincin khas berkenaan berikutan sumbangan beliau dalam membantu JDT menjuarai liga buat kali ketiga berturut-turut.
“Cincin tersebut diserahkan kepada beliau yang kini bermain untuk Selangor ketika pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (pemilik JDT) di Hotel Thistle.
“Kami mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti anda semua kepada kelab selama ini,” kata laman Facebook berkenaan hari ini.
Amri selepas tamat kontrak dengan JDT pada penghujung musim lalu menyertai Melaka United dengan kontrak selama setahun.
Penyerang berpengalaman itu bagaimanapun kembali menyarung jersi negeri kelahirannya pada pintu perpindahan pemain yang dibuka bulan lalu.-mynewshub