Anggota PGA ditembak penyeludup



KOTA BHARU – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera pada leher kanan selepas dipercayai ditembak penyeludup dengan menggunakan pistol gas buatan sendiri yang menggunakan peluru bebola besi dalam kejadian berhampiran pangkalan haram Syarifah, Rantau Panjang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.40 malam, mangsa Koperal Shahrul Suliman, 34, bersama rakan setugasnya sedang menjalankan tugas risikan sempadan sebelum terserempak dengan dua suspek menaiki sebuah motosikal yang mempunyai nombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, anggota PGA kemudian telah menahan kedua-dua suspek untuk melakukan pemeriksaan namun salah seorang daripada mereka bertindak melarikan diri sebelum dikejar oleh mangsa.

“Namun, rakan setugas Shahrul kemudian dikejutkan dengan bunyi tembakan sebelum mendapati mangsa rebah manakala suspek telah melarikan diri.

“Jarak tempat kejadian mang­sa ditembak dengan pangkalan haram Syarifah adalah lebih kurang 100 meter dan berhampiran dengan rumah penduduk kampung,” katanya kepada pemberita selepas melawat Shahrul yang kini dirawat di Hospital Raja Zainab di sini.-Kosmo

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :