KUALA NERUS, 7 Jun (Bernama) -- Bakal haji yang akan menunaikan ibadah Haji tahun ini tidak perlu panik dan bimbang dengan keputusan Arab Saudi yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar baru-baru ini.
Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH mempunyai pengalaman luas untuk berdepan dengan masalah tersebut dan yakin mampu melaksanakan tanggungjawab menguruskan jemaah dengan baik.
"Kita dah ada pengalaman luas dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut dan yang penting semua jemaah mengikut segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan TH.
"Kita ada semua jentera serta petugas haji untuk gerak kerja yang hendak dilaksanakan. Sekiranya jemaah haji ikut saja arahan TH, insya-Allah semuanya akan selamat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Ziarah Kasih Ramadan Yayasan Tabung Haji Parlimen Kuala Nerus yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Hotel Tabung Haji di sini, semalam.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata sebanyak RM15 juta akan diagihkan kepada 16 daripada 50 parlimen disasarkan menerusi program ziarah tersebut hasil zakat daripada Yayasan TH dengan kerjasama Umno serta badan korporat.
Katanya, daripada jumlah (RM15 juta) tersebut, RM7 juta adalah daripada Yayasan TH manakala masing-masing RM4 juta daripada Biro Keahlian Daftar Pemilih Umno dan rakan-rakan korporat untuk diagihkan.
Beliau yang merupakan Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, kebiasaannya Yayasan TH mengagihkan sendiri wang zakat berkenaan tetapi terhad kepada 14 parlimen melibatkan 14 negeri di Malaysia.
Bagaimanapun, berikutan pengalaman dan gerak kerja yang dijalankan TH, ia mendapat kepercayaan Umno dan rakan korporat untuk mengagihkan bantuan zakat berkenaan yang mampu memberi manfaat kepada lebih 105,000 warga miskin daripada 50 parlimen di seluruh negara.
"Kita menerima permintaan daripada 63 parlimen di seluruh negara. Kalau kita mampu mengagihkan kepada kesemua parlimen itu, ia akan melibatkan penerima wang zakat yang lebih ramai. Tetapi memandangkan Ramadan sudah berjalan hampir separuh, mungkin ia tidak sempat untuk dilaksanakan," katanya.
Abdul Azeez berkata, bagi Terengganu sahaja, seramai 3,000 penerima terlibat menerima RM300 seorang untuk tiga parlimen bermula di parlimen Dungun, Marang dan Kuala Nerus, melibatkan keseluruhan agihan berjumlah RM900,000.
-- BERNAMA
Related Posts :
KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain
Bernama
Menurut ketua setiausaha KDN, semua penerbitan itu boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi … Read More...
Imigresen: Amah haram boleh jadi sah, tetapi ada syarat
Bernama
Pembantu rumah asing yang tinggal lebih masa di Malaysia bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2017 atas Pas Lawatan S… Read More...
Saya tidak akan bekerja dengan PAS, kata ADUN Morib
Dilabel "pengkhianat" oleh ahli PAS Selangor, ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang keluar dari parti itu dua tahun lalu untuk menyertai Ama… Read More...
Kit Siang Disaran Tidak Tanding PRU14 Atas Faktor Kesihatan December 29, 2017 AIDCNews1 Comment SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang lebih-lebih lagi atas faktor usia dan kesihatan, susulan pembedahan penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Kit Siang patut memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga, selain faktor dirinya sendiri sudah terlibat dalam politik lebih daripada separuh abad. “Beliau pun sudah lama dalam politik, dan bagi saya (beliau) dah tidak relevan. Sepatutnya ditampilkan lebih ramai generasi baru. Tapi sesetengah orang memang susah sikit nak berhenti. “Saya rasa inilah masa untuk berehat, dengan keadaan tak berapa sihat. Bukan Kit Siang saja, mana-mana pemimpin yang sudah tak berapa sihat sangat, tak payahlah,” katanya kepada Antarapos. Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada 19 Disember lalu menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bapanya menjalani prosedur ‘laparoscopic partial nephrectomy’ untuk membuang tumor yang dikesan ketika pemimpin veteran itu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Kit Siang, 76, sebelum ini tidak menolak untuk bersara selepas berkecimpung dalam arena politik selama 51 tahun. Beliau juga pernah membayangkan bahawa PRU14 berkemungkinan menjadi medan pilihan raya terakhir untuknya. Beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) pernah mengkritik Kit Siang kerana pemimpin itu kekal menerajui DAP dalam tempoh yang lama, seolah-olah menampakkannya seorang diktator kepada partinya sendiri. “Dalam konteks ini, untuk menolak beliau ketepi mungkin dirasakan tidak sesuai. Tapi bagi saya elok beri kepada pemimpin muda yang lebih bertenaga. Beliau boleh ‘guide’ dari jauh, tak perlu bertanding lagi dan sebagainya. “Namun bagi pandangan orang politik, dia tak boleh tinggalkan legasinya begitu saja sebagainya. Ada perkara yang belum dicapai, dia mahu capai dahulu. Itu yang menyebabkan mereka susah sikit nak berhenti,” kata Mohd Azizuddin –APAIDCNews
SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU… Read More...
PPBM : Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan… Read More...