Bayi Maut Digilis Lori


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia setahun maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama tiga lagi anggota keluarganya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Baru Cina Semenyih, Kajang dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pukul kira-kira pukul 10 malam itu, A. Hariskumar, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya selepas digilis sebuah lori.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, turut cedera dalam kemalangan itu anggota keluarganya A. Anandhan, 26; M. Vijayalata, 25 dan V. Tamilselvi, 46.

Ujarnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada pukul 10.05 malam sebelum tiba di lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

“Seramai lapan orang anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :