Bazaar Ramadhan SEDC Di UTC Teratur & Selesa



Pembukaan Bazar Ramadan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) memudahkan pekerja dan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Seorang usahawan, Siti Fatimah,28 tahun berkata, kemudahan yang disediakan SEDC amat teratur dan selesa.

"Memang terbaik. Orang ramai yang pergi ke UTC atas urusan lain boleh terus singgah ke bazaar ini untuk membeli juadah dan senang cari parking berbanding bazaar lain." katanya sambil berharap SEDC mengadakan program seperti ini setiap tahun.

Bazaar ramadhan SEDC merupakan program tahunan yang diadakan sebagai platform untuk usahawan berniaga semasa musim perayaan.

Sementara itu, Jampaka Muslimin, 46 tahun berkata, SEDC memberikan peluang kepada usahawan untuk memperomosikan jualan mereka.

"Bukan setakat orang tempatan sahaja yang membeli juadah kami malah pelancong asing juga turut sama-sama membeli.

"Kadar sewa juga rendah dan saya amat berterima kasih kepada pihak SEDC kerana menyediakan tempat yang selesa kepada para usahawan," ujarnya.

Terletak di kawasan tengah pusat bandaraya iaitu di kawasan 'segitiga emas', bazaar ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang ramai tetapi juga dapat mempromosikan dan meningkatkan jumlah pengunjung ke UTC.

Pembukaan Bazar Ramadan SEDC di Pusat UTC dirasmikan oleh Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini.-Sarawakiana






Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :