WASHINGTON: James Comey hari ini mendakwa diganggu oleh cubaan Presiden Donald Trump untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan negara.
Bagaimanapun, bekas pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu tidak menyatakan sama ada beliau menyifatkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu cuba menghalang keadilan.
Comey memberitahu penggubal undang-undang AS dalam prosiding perbicaraan kongres AS paling dinanti sejak sekian lama, pentadbiran Trump berbohong dan memfitnah beliau dan FBI selepas Trump memecatnya pada 9 Mei lalu.
Dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan hari ini, Comey berkata, Trump memintanya menggugurkan siasatan FBI ke atas bekas penasihat keselamatan negara, Michael Flynn, pada Februari lalu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden AS 2016.
"Saya tidak fikir perbualan saya dengan presiden adalah satu usaha untuk menghalang. Saya menganggapnya sebagai perkara yang sangat mengganggu, membimbangkan," kata Comey.
Perbicaraan itu boleh memberi kesan ketara ke atas kedudukan Trump ketika peguam khas Robert Mueller dan beberapa jawatankuasa Kongres menyiasat usaha Russia mempengaruhi pilihan raya presiden 2016 dan sama ada kempen Trump bersekongkol dengannya.
Russia menafikan pembabitan manakala Rumah Putih menyangkal sebarang pakatan sulit. - Reuters
Related Posts :
Jamal ditahan, bakal didakwa ekoran pecah botol arak depan SUKANTARAPOS
SHAH ALAM: Polis menahan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos susulan tindakan memecahk… Read More...
Malaysia tiada hasrat tandatangan perjanjian pelarian, kata Zahid Adam Abu Bakar | October 6, 2017 Malaysia tidak menandatangani perjanjian membawa masuk pelarian tetapi bekerjasama dengan UNHCR dan agensi antarabangsa lain. ahmad-zahid-hamidi-unhcr-rohingya-pelarianKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk membawa masuk pelarian etnik Rohingya ke negara ini. Katanya, walaupun tidak menandatangani perjanjian itu, negara bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan beberapa agensi antarabangsa lain serta menetapkan dasar perikemanusiaan. Sehingga kini, Malaysia masih tidak menandatangani Perjanjian Berkaitan Pelarian dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Kita tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk pelarian, walaupun kita pernah ada Pulau Bidong yang suatu ketika dahulu menerima pelarian dari Vietnam,” katanya dalam sidang media di Hotel JW Marriot hari ini. Sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan mengikut rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya. OIC berkata, pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah konkrit bagi menangani masalah yang mencetuskan ketegangan di Rakhine. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Zulkifli Abu Bakar dilaporkan berkata tidak akan menghalau pelarian Rohingya, sebaliknya bersedia menyediakan tempat perlindungan sementara. Walaupun tidak menandatangani perjanjian berkenaan, sehingga kini lebih 100,000 pelarian Rohingya dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Rohingya satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar, dengan bilangan dianggarkan sekitar 1.33 juta orang, rata-ratanya beragama Islam. Kerajaan Myanmar menganggap mereka sebagai pendatang asing dan menafikan taraf kewarganegaraan. Penganiayaan besar-besaran melalui pembersihan etnik dan tindakan pembunuhan menyebabkan kira-kira 1.5 juta Rohingya terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka sejak kemerdekaan Burma pada 1948. Layanan ke atas lebih sejuta penduduk Rohingya cabaran terbesar pemimpin Myanmar, Aung dan Suu Kyi yang dikritik tidak berusaha melindungi minoriti Rohingya.
Adam Abu Bakar
Malaysia tidak menandatangani perjanjian membawa masuk pelarian tetapi bekerjasama dengan UNHCR dan agensi ant… Read More...
Umno tak setuju tindakan JamalANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak menyokong tindakan Datuk Seri Jamal Yunos yang m… Read More...
Seleweng dana RM180 juta: Bekas timbalan setiausaha kementerian direman
Bernama
Wanita itu antara 3 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
PUTRAJAYA: Seorang bekas timbala… Read More...
SPRM tahan tiga individu termasuk Naib Presiden WARISANANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Naib Presiden Warisan, … Read More...