JAKARTA - Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.
Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.
Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.
Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.
Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.
Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.
Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.
Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.
Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama. - SH
Related Posts :
… Read More...
Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah
KRONI beri kesan buruk kepada ekonomi dan membentuk kesenjangan menerusi monopoli, kata Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad.
… Read More...
Jangan main politik, Sultan Johor beritahu datuk bandar FMT Reporters Share Tweet Pin Mail sltanjohor4_1445 Gambar Facebook PETALING JAYA: Sultan Johor mengingatkan datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan jangan terlibat atau campur politik dan tumpu pada soal pentadbiran serta penguatkuasaan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu mereka menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi bagi memastikan agenda pembangunan rakyat terus diutamakan. “Sebagai penjawat awam anda semua mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama memajukan negeri Johor serta kawasan pentadbiran masing-masing di samping mengutamakan masalah rakyat. “Tumpukan perhatian pada kawasan pentadbiran masing-masing termasuk soal keindahan, kebersihan, pemasangan papan tanda. Jika ada pelan pembangunan projek dikemukakan sila teliti secara terperinci. “Pastikan pelan pembangunan itu menepati ciri-ciri yang diperlukan antaranya soal landskap, keselamatan, kualiti jalan raya, laluan pejalan kaki dan basikal. Ini semua membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan,” kata Sultan Ibrahim. Sultan Johor berkata demikian di Facebook hari ini, selepas pertemuan 1 jam bersama datuk bandar dan YDP pihak berkuasa tempatan di Kelab Polo Diraja Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Pada pertemuan itu, Sultan Ibrahim mengarahkan mereka mengemukakan laporan kebersihan dan keindahan daerah, dan cadangan pembangunan dan kemajuan negeri untuk penelitian.FMT Reporters
Gambar Facebook
PETALING JAYA: Sultan Johor mengingatkan datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan jangan te… Read More...
JOEY DAKWA WATIE DIANIAYA KAWAN BAIK SENDIRI
"Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan … Read More...
KIT SIANG MENGGELUPOR DIDAKWA TERIMA WANG DARI KUOK!!!
Dari satu sudut, kemungkinan besar dakwaan yang mengaitkan Si Lim Kit Siang dan Robert Kuok ni adalah tidak benar. Mungkin ada betulnya pen… Read More...