Dilarang Duduk Terkangkang Di Madrid



MADRID - SEPANYOL. Selain papan tanda "dilarang merokok" dan "dilarang membuang sampah", penumpang pengangkutan awam di Madrid kini perlu mengikut satu lagi peraturan baru iaitu dilarang duduk terkangkang (No manspreding).

Agensi transit di bandar Sepanyol itu berkata, papan tanda larangan itu akan dipasang di semua bas bagi mengingatkan penumpang terutamanya lelaki untuk duduk lebih sopan pada satu tempat duduk sahaja.

"Misi pewujudan ikon baru ini adalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai keperluan untuk menjaga tingkah laku awam dan menghormati ruang penumpang yang lain di dalam bas," kata syarikat pengangkutan Majlis Perbandaran Madrid.

Madrid mengikut jejak langkah oleh sistem transit di beberapa bandar lain.

"Larangan ini adalah sama dengan sistem pengangkutan lain yang sedia ada di seluruh dunia iaitu bagi menunjukkan postur badan yang mengganggu orang lain," kata agensi transit dipetik CNN.

Keputusan agensi itu berikutan kempen dari kumpulan hak wanita, Mujeres en Lucha yang menggesa perlaksanaan larangan itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :