SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana memukul isterinya selepas ditegur kerana memandu kereta terlalu laju.
Dalam kejadian pukul 6 petang Sabtu, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah.
Lelaki tersebut yang dikatakan mabuk memandu kereta laju melepasi had yang dibenarkan.
Isterinya yang merupakan pendandan rambut menegur tindakannya itu dan meminta supaya kereta dibawa dengan lebih perlahan.
Suaminya yang merupakan pemandu lori kemudian memberhentikan kereta di Jalan Kiew Nang dan mula menumbuk dan memukul isterinya menggunakan kayu.
Wanita berkenaan segera keluar dari keretanya dan berlari ke rumah mereka yang terletak berhampiran.
Dia bagaimanapun dikejar suami dan kemudian dipukul menggunakan kerusi plastik.
Lelaki terbabit juga bertindak memecahkan cermin depan menggunakan kerusi.
Ketua Polis Daerah Sibu, Saiful Bahari Abdullah pada Isnin berkata, suspek ditahan selepas insiden tersebut.
Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri dan peha. - Mstar
Related Posts :
Kem Tentera Bagan Datuk Dibina Kerana Komersial Dan Politik?
PEMBINAAN kem tentera Hutan Melintang bernilai RM250 juta didorong oleh kepentingan komersial dan politik, dan bukan sebahagian pelan indu… Read More...
PRK Sandakan : Warisan Beli Undi Projek IC, Cuma 1/3 Cina Keluar Mengundi
11 May 2019, 'pengundi' Sandakan menunaikan tanggungjawab memilih Ahli Parlimen Sandakan yang baru...
Kira2 pukul 9.00 pm, SPR mengelu… Read More...
Anwar Bukan Punca Budaya Kafir Mengkafir - ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa presiden PAS menarik balik tuduhannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim punca maraknya … Read More...
Bicara Kes Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 bilion Najib Dan Irwan Tahun Hadapan
Pada 25 Okt lepas, Najib, 65, dan Mohd Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah.
Bagi pertuduhan pertama,… Read More...
Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya
SHAH ALAM, 13 Mei — Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda memaklumkan kepa… Read More...