MALAYSIAKINI

Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya kehilangan sejumlah barangan kemas dan wang seleas dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.
Perompak berkenaan juga dilaporkan memukul kepala duta itu dan mengancam untuk membunuh anak-anaknya dan memotong telinga isterinya sekiranya beliau tdak memberikan kerjasama.
"Perompak itu mengambil semua barang kemas milik anak dan isteri selain meminta sejumlah wang.
"Jika saya enggan berikan, mereka mengancam untuk membunuh anak-anak saya," katanya kepada portal Chile,
Biobiochile.cl, yang dipetik akhbar
Berita Harian.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.15 malam semalam (Ahad) waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia).
Lima individu yang dipercayai warga tempatan itu dikatakan memasuki rumah berkenaan sebelum mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.
Dr Mohamad Rameez yang ditemui media tempatan beberapa jam selepas kejadian, mengesahkan bahawa dirinya dipukul di kepala sebelum tangannya diikat.
Katanya, kejadian menyebabkan mereka sekeluarga trauma namun bersyukur kerana terselamat.
Sementara itu, polis Chile sudah menyiasat tempat kejadian termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu.
Dalam pada itu, sumber Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan duta dan keluarganya selamat.
Usaha menghubungi Mohamad Rameez untuk mengulas juga tidak berjaya
Related Posts :
Sebab Sebenar Kenapa Kit Siang Tarik Diri Dari Debat Dengan Datuk Seri Najib
Menarik dan sangat menarik bila ada ura2 mengatakan Lim Kit Siang dan Datuk Seri Najib akan mengadakan debat...
Cadangan untuk debat ber… Read More...
Mampukah Melayu Kembali Berkuasa?
Bila UMNO dan PAS setuju untuk jalinkan kerjasama politik, PH terutamanya DAP macam cacing kepanasan...
Cubaan demi cubaan, serangan dem… Read More...
Mahathir Tak Pernah Pinjam 1 Bilion, Cuma Seleweng RM100 - 150 Bilion?Ratib Dan Zikir Mahathir Setiap Hari
Di dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau Pinang yang dihadir… Read More...
Kenyataan Debat Saddiq Dedah Hakim Kes Najib Berat Sebelah???!!!
Seperti yang di duga, bila 'Top Bulldog' (sebab Mahathir mengaku diri dia 'Top Dog' dalam PH), kena 'telanjang', berduyun2, bersusun ken… Read More...
PAP Dah Berjaya Di Singapura, DAP Sedang Berusaha Di Malaysia, Melayu Masih Leka!!!
Selama nie, orang Singapura tak di galakkan berkomunikasi dalam bahasa lain kecuali dalam bahasa ibunda, iaitu Bahasa Inggeris...
Tapi t… Read More...