George, Amal Clooney Dapat Anak Kembar


LOS ANGELES: Aktor tersohor Hollywood, George Clooney bersama isterinya, Amal menyambut kelahiran bayi kembar mereka, Ella dan Alexander, di London, pagi semalam.

"Pagi ini Amal dan George menyambut kehadiran Ella dan Alexander Clooney dalam kehidupan mereka. Ella, Alexander dan Amal masing-masing sihat dan dalam keadaan baik," kata Stan Rosenfield yang mewakili pasangan itu.

Amal, 39, peguam hak asasi manusia antarabangsa berketurunan Lubnan-British, berkahwin dengan bintang Hollywood, Clooney, 56, di Venice pada 2014.

Pasangan itu mengurangkan aktiviti mereka sejak mengumumkan Amal hamil bayi kembar, Februari lalu dan terus menetap di kediaman mereka di pedalaman London.

Antara individu terkenal yang pernah diwakili Amal termasuk bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko dan pengasas Wikileaks warga Australia, Julian Assange.

Sementara itu, pelakon, pengarah dan penerbit George pernah berkahwin dengan pelakon Talia Balsam dari 1989 sehingga 1993, sebelum wataknya dalam siri televisyen "ER" melonjakkan beliau menjadi bintang antarabangsa. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :