Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada


MONTREAL: Lewis Hamilton cemerlang merakamkan beberapa pusingan rekod terpantas untuk meraih petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada, di sini, sebentar tadi dan kemudian dihadiahkan topi keledar Ayrton Senna.

Keluarga mendiang pemandu Brazil itu mengatur acara khas buat Hamilton kerana menyamai rekod 65 petak utama sepanjang karier dicatatkan oleh Senna.

Juara dunia tiga kali dari Britain itu memandu jentera Mercedes untuk mencatat pusingan terpantas satu minit dan 11.459 saat bagi mengatasi pesaing terdekat dan pendahulu kejuaraan dunia dari Jerman, Sebastian Vettel dari Ferrari dengan kelebihan 0.330 saat.

Kedua-dua pemandu mencatat pusingan bawah satu minit 12 saat buat pertama kali di Litar Gilles Villeneuve - litar karier Hamilton bermula 10 tahun lalu yang menjelmakan kemenangan pertamanya.

Ia adalah petak utama ketiga Hamilton tahun ini, keenam di Kanada bagi menyamai rekod pemandu Jerman, Michael Schumacher dan ke-65 sepanjang kariernya.

"Saya amat gembira," kata Hamilton.

"Montreal cukup baik buat saya sejak beberapa tahun lalu dan saingan dengan Ferrari cukup sengit.

"Mereka amat pantas. Pusingan saya? Ia adalah pusingan yang seksi...pusingan yang hebat!" - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :