Harga Rokok Di Arab Saudi Naik Sekali Ganda


RIYADH: Harga sekotak rokok di Arab Saudi meningkat sekali ganda hari ini, selepas pelaksanaan cukai kali pertama bertujuan menampung penurunan pendapatan minyak negara itu.

Penduduk negara pengeksport minyak terbesar dunia itu sudah lama tidak dikenakan cukai dan menerima banyak subsidi, namun kejatuhan harga minyak sejak 2014 menyebabkan langkah penjimatan dan juga mencari pendapatan baharu.

'Cukai terpilih' itu mula dilaksanakan hari ini, yang menyaksikan harga tembakau melonjak 100 peratus kepada di antara 18 riyal (RM20.46) dan 24 riyal (RM27.28) sekotak.

Menurut Pihak Berkuasa Zakat dan Cukai Pendapatan, harga minuman tenaga juga naik sekali ganda manakala minuman bergas naik 50 peratus.

Rokok dan minuman ringan popular di Arab Saudi di mana minuman beralkohol diharamkan. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :