KESIHATAN pelakon Julia Perez yang menghidap kanser serviks tahap empat semakin merundum selepas menjalani pembedahan pada Khamis (semalam).
Menurut adiknya, Nia Anggia kesihatan Julia semakin tidak menentu dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan kakaknya.
“Sekarang ini keadaannya masih tidak menentu dan dia hanya tidur serta terbaring di atas katil sahaja selepas menjalani pembedahan.
“Dia juga belum menunjukkan tanda-tanda positif selepas menerima rawatan dan doktor menyarankan agar dia untuk banyak berehat.
“Saya yakin pasti ada keajaiban buat dia untuk pulih dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa,” menerusi laporan Kapan Lagi.
Nia yang sedang menjaga dan menjawab segala persoalan media tentang eadaan kakaknya di hospital buat masa ini.
Sementara itu, Nia memberitahu kakaknya kini masih memerlukan darah jenis A kerana bilangan darah di hospital berkenaan kurang mencukupi.
“Julia masih memerlukan darah jenis A daripada orang ramai dan saya berharap agar mereka yang mempunyai darah jenis itu dapat membantunya.”.-MYNEWSHUB.CC
Related Posts :
Elok Majlis Peguam Duduk Diam-Diam, Jangan Ganggu Tugas Askar Dan Polis
Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir, berkata tindakan penangkapan yang dilakukan sekarang yang hampir mencecah angka 5,000 orang di… Read More...
Sudah Lebih 14 Hari Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling, Mengapa KPK Masih Umum Ada Kluster Tabligh
Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Sri Petaling menjadi bahan kecaman sebahagian besar rakyat Malaysia bila Malaysi… Read More...
Sepatutnya Inilah Masa Golongan T40 Bantu Golongan B40 Dan M40, Bukan Menghina!!!
Di saat golongan B40 dan M40 bergelut untuk teruskan kelangsungan hidup akibat wabak Covid-19, kerajaan tampil menghulurkan berbagai bant… Read More...
Apakah SPRM Era Azam Baki Akan Benar Benar Lakukan Siasatan Ke Atas Daim?
Ketua Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki mengesahkan pihak SPRM telah menerima lapuran salah guna kuasa mengenai pemberian kontrak projek ECR… Read More...
Apa Jadi Dengan Bon Samurai Dan Bon Panda, Kerajaan Mesti Tubuhkan RCI!!!
Dalam satu temubual dengan wartawan Berita Harian pada 30 Mac 2020, Menteri Kewangan, Senator DS Tengku Zafrul menjelaskan walau pun kera… Read More...