SUNGAI SIPUT - Mungkin kedengaran pelik dan luar biasa namun kejadian ini benar-benar berlaku.
Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan sakit hampir 30 minit selepas kemaluannya tersepit di celah kerusi plastik di rumahnya, semalam.
Lelaki berusia 80 tahun itu berdepan detik mencemaskan apabila kemaluannya tersepit ketika duduk atas kerusi berkenaan di rumahnya di Kampung Baru Simpang Jalong, di sini.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohammad Zaidi Md Lazim mengesahkan laporan ketika dihubungi.
Menurutnya, anggota bergegas ke rumah warga emas tersebut sebaik menerima laporan kejadian berhubung kes itu, petang tadi.
"Setibanya di rumah mangsa, warga emas tersebut masih berada di atas kerusi. Ketua Operasi kemudian mengarahkan anggota membantu mangsa,” katanya.
Katanya, anggota bomba berjaya mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersepit dari kerusi itu menggunakan peralatan khas.
"Mangsa kemudian diberi rawatan. Lelaki warga emas itu tidak mengalami kecederaan serius. Operasi kemudian tamat kira-kira jam 7.20 petang," katanya. - SH
Related Posts :
Pemilik Kenderaan Perlu Lebih Proaktif Elak Gunakan Tayar Celup Tanpa Pengiktirafan SIRIM – Kayveas
Penasihat kepada Kementerian Pengangkutan, Tan Sri M. Kayveas menjelaskan, usaha kerajaan untuk mengetatkan penguatkuasaan terhadap pengha… Read More...
Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari
“Pengkritik yang sering memberikan pelbagai pendapat negatif mengenai Proton, bukanlah daripada pemilik kereta jenama itu sendiri. Ramai p… Read More...
Ahmad Fedtri Yahya timang anak ke-3, 1 Ramadan (gambar)
Pada 1 Ramadan lalu, personaliti televisyen terkenal di TV3, Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya, berdebar di bilik pembedahan meny… Read More...
Tentera Filipina Hampir Kuasai Marawi
MARAWI: Tentera Filipina berkata, mereka kini berjaya mengawal hampir keseluruhan bandar selatan di sini di mana militan dikaitkan Daesh… Read More...
Pogba Sambut Ramadhan Di Makkah
PEMAIN bola sepak termahal dunia Paul Labile Pogba menyambut kedatangan Ramadhan dengan menunaikan umrah di kota suci Makkah.
Berkongsi m… Read More...