SINAR ONLINE
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bersama pegawai serta kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Barat Daya meninjau sekitar kawasan pangsapuri Mutiara Perdana ekoran peningkatan kes denggi di kawasan itu hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Jumlah kes denggi di kawasan Barat Daya Pulau Pinang menunjukkan peningkatan sejak awal tahun ini dengan dua kes kematian laporkan sejak Januari ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Dr Hilmi berkata, punca berlakunya masalah denggi adalah daripada keadaan persekitaran yang tidak bersih dan dipenuhi dengan sampah-sarap yang menjadikan kawasan itu tempat sesuai untuk pembiakan nyamuk.
Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti merupakan Flat Mutiara Perdana di Bayan Lepas yang merekodkan 25 kes demam denggi dan mengakibatkan satu kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini manakala satu lagi kes kematian demam denggi dilaporkan di kawasan Sungai Ara dalam tempoh yang sama.
"Saya datang melihat sendiri, memang masalah kebersihan di kawasan ini (Flat Mutiara Perdana) adalah sangat teruk. Sampah-sarap tidak dikutip, botol kosong dibiarkan begitu sahaja, longkang tersumbat yang menyebabkan banyak jentik-jentik membiak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau menggesa supaya badan pengurusan bersama yang bertanggungjawab menjaga kawasan itu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tidak membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
"Jika perkara seperti ini masih lagi berlaku dengan kerap, maka kita akan membawa pihak badan pengurusan bersama ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya. -
Bernama
Related Posts :
Imigresen: Amah haram boleh jadi sah, tetapi ada syarat
Bernama
Pembantu rumah asing yang tinggal lebih masa di Malaysia bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2017 atas Pas Lawatan S… Read More...
KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain
Bernama
Menurut ketua setiausaha KDN, semua penerbitan itu boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi … Read More...
PPBM : Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan… Read More...
Kit Siang Disaran Tidak Tanding PRU14 Atas Faktor Kesihatan December 29, 2017 AIDCNews1 Comment SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang lebih-lebih lagi atas faktor usia dan kesihatan, susulan pembedahan penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Kit Siang patut memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga, selain faktor dirinya sendiri sudah terlibat dalam politik lebih daripada separuh abad. “Beliau pun sudah lama dalam politik, dan bagi saya (beliau) dah tidak relevan. Sepatutnya ditampilkan lebih ramai generasi baru. Tapi sesetengah orang memang susah sikit nak berhenti. “Saya rasa inilah masa untuk berehat, dengan keadaan tak berapa sihat. Bukan Kit Siang saja, mana-mana pemimpin yang sudah tak berapa sihat sangat, tak payahlah,” katanya kepada Antarapos. Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada 19 Disember lalu menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bapanya menjalani prosedur ‘laparoscopic partial nephrectomy’ untuk membuang tumor yang dikesan ketika pemimpin veteran itu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Kit Siang, 76, sebelum ini tidak menolak untuk bersara selepas berkecimpung dalam arena politik selama 51 tahun. Beliau juga pernah membayangkan bahawa PRU14 berkemungkinan menjadi medan pilihan raya terakhir untuknya. Beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) pernah mengkritik Kit Siang kerana pemimpin itu kekal menerajui DAP dalam tempoh yang lama, seolah-olah menampakkannya seorang diktator kepada partinya sendiri. “Dalam konteks ini, untuk menolak beliau ketepi mungkin dirasakan tidak sesuai. Tapi bagi saya elok beri kepada pemimpin muda yang lebih bertenaga. Beliau boleh ‘guide’ dari jauh, tak perlu bertanding lagi dan sebagainya. “Namun bagi pandangan orang politik, dia tak boleh tinggalkan legasinya begitu saja sebagainya. Ada perkara yang belum dicapai, dia mahu capai dahulu. Itu yang menyebabkan mereka susah sikit nak berhenti,” kata Mohd Azizuddin –APAIDCNews
SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU… Read More...
Lantik PM ‘sementara’ amalan tidak sihat – PASTHE MALAYSIAN TIMES
KOTA BHARU: PAS menganggap pendekatan sesetengah parti politik di negara ini untuk melantik perdana ment… Read More...