Kopiah Rekaan Amy Search Hangat Di Pasaran



KUALA LUMPUR : Bintang rock Amy Search bersyukur kerana jenama fesyen rekaannya termasuk kopiah Maulana semakin diminati ramai.

Rekaan eksklusif kopiah mirip topi pelaut itu diperkenal tahun lalu, sesuai untuk sambutan Aidilfitri, lapor Berita Harian.

Amy berkata rekaan jenama General Product miliknya membawa identiti tersendiri dan berbeza dengan jenama lain.

Beliau berkata material kopiah selesa, selain menggambarkan gaya dan cita rasa yang mahu dikongsikannya dengan penggemar fesyen.

“Sudah lama saya mengimpikan untuk memiliki jenama fesyen sendiri. Saya harap ia menjadi permulaan yang baik untuk terus mengukuhkan jenama saya dalam hati pembeli,” katanya.

Beliau juga menjual busana wanita, kurta, jubah dan kebarung klasik di kedainya di Publika, Solaris Dutamas di sini.

Pada masa ini, Amy Search banyak menghabiskan masa di kedai bersama isteri dan anak. - MalayMail

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :