KPDNKK Bertemu Syarikat Minyak Salam Masa Terdekat


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menemui syarikat minyak dalam masa terdekat bagi mendapat maklum balas impak perniagaan selepas pengenalan sistem penetapan harga petrol secara mingguan sejak 30 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata syarikat minyak terbabit berasa mengalami kerugian berikutan penurunan harga petrol. "

Kita tidak mendapat aduan daripada rakyat, namun syarikat minyak berasa mengalami kerugian kerana bila harga minyak turun, stok simpanan perlu dijual bersandarkan harga minggu sebelumnya.

"Perkara ini akan dibincangkan dalam pertemuan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa KPDNKK di sini, malam ini.

Beliau berkata, perkara ini sudah dibincang antaranya dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan pihaknya yakin ada strategi boleh dilaksanakan bagi membantu pengedar serta syarikat minyak. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :