Matthias cabar Nasrudin : Siapa undang campur tangan asing?,


 Peguam Matthias Chang mencabar Nasrudin Hassan untuk menyatakan sama ada beliau antara yang dimaksudkan sebagai “individu” yang mempelawa campur tangan asing.

Chang mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan motif mereka yang membuat aduan kepada pihak berkuasa luar negara sehingga mencetuskan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang baru-baru ini mengeluarkan dokumen 251 muka surat mengenai kecurian dana 1MDB untuk membeli aset mewah.

 Chang menawarkan Nasrudin AS$1 juta sekiranya dapat membuktikan beliau terbabit berpakat dengan pihak berkuasa AS dalam isu 1MDB, seperti dituduh beberapa blog pro-kerajaan.

  Nasrudin @ at-Tontowi jangan buat derk jer. Kalau berani dan yakin apa yang kamu katakan itu benar, sambutlah cabaran Chang ini.

  Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya…Takanlah kamu dengan imej seorang lebai suka jika digelar pondan tua kerana takut dengan cabaran Cina bukan Islam itu? Ingat ya, Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya....Jangan malukan Islam; kamu sambutlah cabaran Cina bukan Islam tu ya??

  Semalam, bukan main lagi kamu sokong pendirian Hj Hadi yang tidak mahu DoJ dan pihak berkuasa asing “campur tangan” urusan 1MDB.

  Kamu sebutlah terang-terang nama Mathias Chang dan Kamarudin Abu Hassan yang pergi buat aduan diParis, Switzerland dan AS, jemput pihat luar ambil tindakan terhadap 1MBD. Ada berani??

 “Saya difahamkan bahawa telah ada dalam pengetahuan awam dan belum dinafikan oleh individu-individu terbabit bahawa merekalah yang pergi ronda buat aduan di Paris, Switzerland dan AS supaya pihak luar ambil tindakan terhadap isu 1MDB.

 “Soalnya, apa motif mereka buat aduan di US mengenai isu 1MDB? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu?

 Kita tahu ada pihak yang sengaja jemput AS campur tangan isu dalam negara kita,” kata ahli Parlimen Temerloh itu.

 Sebenarnya mereka berdua itu adalah "penyelamat negara" dan bukannya "musuh" tidak sebagaimana kamu yang hanya macam burung tiong yang hanya mengulang sebut segala apa yang Lebai Rusila ucapkan untuk mengampu dan membela regim kleptokrat Najib.

Subscribe to receive free email updates: