MB PAHANG UMUM CALON PRU!!!

Hah! Dikala orang lain sibuk berteki - teki nak tau bila tarikh Pilihan Raya Umum, nampak gayanya YAB Menteri Besar Pahang ni awal - awal dah umum bakal calon yang akan bertanding kelak.

Kalau diperingkat bawahan, ramai yang tertunggu - tunggu siapa yang akan bertanding bagi menghadapi Pilihan Raya kelak. Tapi semua persoalan tu kini sudah terjawab dengan jelas.

Bila ada yang tanya, siapa calon yang akan bertanding? YAB Menteri Besar Pahang jawab mudah je, calon yang disukai rakyat. Katanya, kalau calon tu tak disukai rakyat, elok tak payah bertanding.
“Kita kena pilih calon yang orang suka. Kita tidak boleh ketengah calon yang pengerusi atau pucuk pimpinan suka... kalau ambil calon yang kita suka, tapi orang ramai tak suka, itu berat kepada parti (untuk menang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengenai permohonan beberapa parti komponen agar mereka diberikan kawasan tertentu untuk ditandingi pada PRU14,  beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya hanya boleh memberi pandangan, tetapi tiada masalah kerana hal itu sudah pasti dapat diputuskan atas semangat setiakawan yang ada dalam BN," katanya, menambah jentera parti juga telah bersedia untuk menghadapi PRU14.
Pokok pangkalnya, siapa yang berangan nak bertanding sebagai calon wakli rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang tu beringat sendiri je la. Cuba tanya pada diri sendiri, orang suka ke tidak kat dia. Kalau orang tengok dia pun orang ludah ke tanah, bawak - bawak la sedar diri sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :