MENTERI "DIBELASAH" NETIZEN!!!

Heh! Nampak gayanya kenyataan yang dibuat oleh seorang Menteri baru - baru ini tidak diterima dengan baik dikalangan pengguna di laman media sosial sehingga menyebabkan dia dibelasah.

Rata - rata status yang dimuat-naik di laman media sosial menganggap kenyataan Menteri tersebut memberikan gambaran buruk terhadap sikap perpaduan yang wujud dalam Barisan Nasional.

Bahkan, dikalangan netizen juga berpendapat kenyataan dari Menteri itu tidak membayangkan sifat kekeluargaan yang selama ini dijalinkan diantara pemimpin - pemimpin BN.

Bagi sesetengah pihak, kenyataan Menteri itu menunjukkan sikapnya sebagai seorang pemimpin yang Sombong dan Bongkak walaupun terhadap sesama pimpinan Barisan Nasional.

Malah, tindakan Menteri itu juga turut menerima kecaman dari Pemuda Barisan Nasional Sarawak yang menganggap ianya tidak menunjukkan sifat berhemah dalam mengeluarkan kenyataan.

Jelas, kenyataan Menteri itu memberikan kesan negatif bukan sahaja dikalangan pemimpin Barisan Nasional, malah ianya turut menjejaskan hubungan diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Perkara itu dapat dilihat dengan nyata apabila Kerajaan Barisan Nasional Sarawak mengambil keputusan drastik untuk keluar dari perbadanan Perlancongan Malaysia atau Tourism Malaysia.

Ianya berpunca dari kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh Menteri tersebut terhadap teguran yang dikeluarkan oleh seorang Menteri Sarawak berhubung isu cukai Perlancongan baru - baru ini.

Secara tidak lansung, kenyataan itu mengundang rasa kurang senang dikalangan pemimpin Barisan Nasional yang menganggap ianya sebagai satu tindakan yang tidak sewajarnya dibuat oleh Menteri tersebut.

Biarpun Menteri itu dengan penuh rasa bangga mendakwa kononnya dia dah lama menjadi Menteri, namun kenyataan itu memberikan gambaran seolah - olah baru semalam dia terlibat dalam kancah Politik.

Bagi netizen, Menteri itu tidak memahami konsep diplomasi sewaktu mengeluarkan kenyataan sedemikian. Atau mungkin Menteri itu menganggap dirinya terlalu besar dari orang lain.

Sewajarnya Menteri seperti itu patut menerima teguran dari pucuk pimpinan parti supaya dia sedar bahawa dia tidak lebih hebat dari orang lain. Jangan dia berlagak sangat tak tentu arah sehingga menyebabkan orang menyampah tengok gelagat dia!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :