Messi Kahwin Rakan Sekolah 30 Jun Ini


BARCELONA: Bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi, akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, yang juga ibu kepada dua anaknya, Antonella Roccuzzo, pada 30 Jun ini.

"Perkahwinan akan berlangsung di Rosario, Argentina, pada 30 Jun ini," kata agensi komunikasi peribadi Messi, 6Pointer.

Majlis antara pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali dan kekasih dari zaman persekolahannya itu akan dilangsungkan di katedral Rosario.

Ramai rakan sepasukannya dijangka hadir, termasuk sahabat karib Messi, Luis Suarez dan isterinya, Sofia Balbi.

Messi akan menginjak usia 30 tahun pada 24 Jun ini dan Roccuzzo, 29, dikurniakan dua orang anak iaitu Thiago, 4 dan Mateo, 2. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :