Messi Tak Beraksi Lawan Singapura


SINGAPURA: Bintang Argentina, Lionel Messi tidak akan menyertai perlawanan persahabatan antara negaranya dan Singapura di sini, minggu hadapan atas 'faktor peribadi', kata penganjur perlawanan itu, UNICESS semalam.

Dalam satu kenyataannya, UNICESS turut menyatakan Gonzalo Higuain dan Nicolas Otamendi turut terlepas aksi 'Superclasico' itu yang dijadual berlangsung, pada Selasa ini.

"Meskipun kami berkongsi kekecewaan dengan penyokong bola sepak Singapura kerana ada pemain yang tidak dapat menyertai perlawanan ini, kami tetap menantikan aksi menarik dengan pasukan yang akan menurunkan barisan pemain berkelas dunia pada perlawanan itu nanti," kata UNICESS.

Sebelum ini, Messi dan Otamendi dilaporkan tidak dapat menyertai perlawanan terbabit kerana melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan mereka, namun penganjur dari Singapura enggan mengesahkan berita itu.

Messi bakal berkahwin dengan teman wanitanya, Antonella Roccuzzo pada 30 Jun sementara perkahwinan Otamendi bakal pada 16 Jun.

Pasukan itu tiba di lapangan terbang tertutup semalam namun tetap menarik kehadiran penyokong yang menunggu di sekitar lapangan terbang terbabit bagi menyaksikan kehadiran bintang ternama dunia termasuk penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan pemain sayap Paris Saint Germain, Angel Di Maria.

Argentina yang juga pasukan kedua terbaik dunia akan bertemu skuad kebangsaan Singapura yang menghuni ranking ke-159 di Stadium Nasional, Selasa ini untuk meraikan ulang tahun ke-125 Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). -AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :