Moto2: Hafizh Syahrin Raih 6 Mata Di Catalunya


KUALA LUMPUR: Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix Catalunya, Sepanyol dengan memungut enam mata selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-10, semalam.

Penunggang PETRONAS Raceline Malaysia itu yang bermula dari petak ke-23 kini berkedudukan ke-14 pungutan mata keseluruhan dengan 29 mata.

Kedudukan podium di Catalunya kali ini menjadi milik Alex Marquez dengan catatan masa 42 minit 40.502 saat. Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Mattia Pasini dan Thomas Luthi.

Kedudukan tempat ke-10 itu adalah yang kedua buat Hafizh selepas kali pertama melakukannya di GP Argentina pada pusingan kedua. 

Sementara itu, seorang lagi penunggang negara, Khairul Idham Pawi dari IDEMITSU Honda Team Asia hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-26, ketinggalan 55.085s berbanding Marquez.

Dalam kelas Moto3, Adam Noroddin yang mewakili SIC Racing berkedudukan ke-18. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :