Wah!!! Betul ke cerita ni? Dengar kata ada seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional ni membuat dakwaan seolah - olah ADUN - ADUN yang ada dikawasan dia semuanya tak bertanggungjawab.
Kenyataan itu dibuat sewaktu Ahli Parlimen tersebut menyampaikan ucapan didalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Ibu - Ibu Tunggal yang ada dalam kawasan Parlimennya.
Malah ucapan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen BN itu juga turut dimuat-naikkan ke laman Facebook peribadinya dan ditonton oleh pengguna laman media sosial tersebut secara terbuka.
Menurut kata Ahli Parlimen tersebut, ADUN - ADUN yang ada dikawasan dia tidak turut serta hadir dalam majlis tersebut walaupun jemputan sudah dibuat kepada mereka sebelum ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa ADUN -ADUN yang berada dibawahnya tidak pandai nak mengambil peluang mendekati Ibu - Ibu Tunggal ni.
Bahkan Ahli Parlimen BN itu juga turut menyindir ADUN - ADUN dikawasannya secara terbuka dikhalayak ramai kononnya dia tak mintak duit diorang untuk menyampaikan sumbangan.
Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen BN itu menunjukkan seolah - olah dia seorang pemimpin yang Angkuh dan Sombong tanpa mengambil kira perkara yang sebenar.
Persoalannya, adakah benar pihak penganjur ada membuat jemputan kepada ADUN - ADUN yang dimaksudkan? Betul ke ADUN - ADUN itu telah dimaklumkan mengenai program tersebut?
Bukan apa. Sejak dua menjak ni memang rajin sangat pemimpin BN kena main dengan anak - anak buah mereka sendiri. Tak hantar jemputan dikata ada hantar. Benda tu bukan cerita baru.
Kot ya pun Ahli Parlimen BN tu marah sebab ADUN - ADUN dikawasan dia sebab tak hadir ke majlis yang dia rasmikan, perlu ke dia kempen untuk memburukkan ADUN - ADUN dia sendiri?
Dan yang paling melucukan ialah apabila ADUN - ADUN didalam kawasan dia tu semuanya dari Barisan Nasional juga. Agak - agak cerdik tak tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN tu gamaknya ya? Yang itu, korang fikir la sendiri!!!