Nahas Bas Di India, 22 Maut



NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 22 terbunuh apabila terperangkap dalam bas yang terbakar selepas ia bertembung dengan trak di utara India hari ini.

Polis berkata, pintu bas yang dikendalikan kerajaan itu tersekat dalam pertembungan terbabit, menyebabkan penumpang terperangkap di dalamnya ketika ia terbakar selepas tangki minyak meletup.

Sebahagian penumpang dapat melarikan diri dengan memecahkan tingkap, tetapi polis menemui 22 mayat rentung di dalam bas sebaik api berjaya dipadamkan.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan mengenai kejadian di Bareilly, bandar di negeri Uttar Pradesh. 

"Kes ini dalam siasatan dan punca kemalangan serta kebakaran juga akan diteliti," kata Ketua Polis Trafik Braeilly, Om Prakash Yadav.

India memiliki antara jalan raya paling bahaya di dunia dengan lebih 230,000 kematian setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Analisis pengangkutan menyatakan bilangan tinggi kemalangan disebabkan jalan raya teruk, pemandu tidak terlatih dan kecuaian ketika memandu. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :