'Najib boleh untuk tidak bubar Parlimen'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh untuk tidak membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum tidak perlu diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ia di bawah bidang kuasa dia untuk berbuat sedemikian. Undang-undang tidak akan menghalangnya,” kata beliau dalam posting terbaru di blog hari ini.
Mahathir mendakwa bahawa Najib boleh mengisytiharkan darurat atau kecemasan walaupun hakikatnya tidak pun timbul situasi sebegitu sehingga membolehkan perdana menteri mengantung perlembagaan.
“Dia akan dapat sokongan tidak belah-bahagi pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Mereka ini semua tahu yang pemimpin mereka ini menyalahguna kuasa.
“Mereka tahu tentang laporan jenayah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, penahanan individu dan penutupan bank-bank di Singapura yang terpalit dengan skandal 1MDB,” katanya.
Namun, menurut Dr Mahathir, semua menteri kabinet, serta pemimpin MCA dan MIC, tidak peduli atau ambil kisah dengan apa yang berlaku terhadap negara, rakyat atau reputasi kerajaan yang baik yang dibina pemimpin-pemimpin terdahulu.
“Apa yang mereka kisah hanyalah kedudukan mereka, kemudahan yang mereka dapat serta kemungkinan besar dedak yang diperolehi.
“Biarlah negara ini hancur. Biarkan ianya dipanggil kleptokrasi. Biarkan ia tersenarai sebagai di antara 10 negara paling korup di dunia. Mereka tidak kisah. Tidak mungkin mereka tidak tahu. Tetapi mereka tidak kisah.
“Rakyat boleh menderita. Itu bukan masalah bapak-bapak menteri. Dipimpin pencuri tidak mengapa,” sindir Dr Mahathir lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :