Obor KL2017 Menyala Di Puncak Gunung Kinabalu


RANAU: Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara rasmi dinyalakan di puncak Gunung Kinabalu pagi tadi.

Kumpulan 24 pendaki diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tiba di puncak tertinggi Asia Tenggara itu pada jam 6 pagi, selepas memulakan pendakian dari Laban Rata.

Obor itu dibawa ke puncak Gunung Kinabalu sempena Larian Obor KL2017 peringkat Sabah menjelang penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan di Kuala Lumpur, Ogos nanti.

Turut berada di puncak itu ialah maskot Sukan SEA ke-29, Rimau.

Sabah menjadi destinasi kelima Larian Obor KL2017 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Obor berkenaan akan dibawa turun hari ini, seterusnya dibawa menjelajah sekitar Sabah sebelum diserahkan pula kepada Sarawak.

Pendakian itu juga sangat signifikan kerana ia diadakan pada hari ulang tahun kedua kejadian gempa bumi di Sabah.

Gempa bumi berskala 5.9 berpusat di Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.30 pagi pada 5 Jun 2015 menyebabkan 18 maut iaitu sembilan warga Singapura, Malaysia (6), manakala masing-masing seorang dari China, Jepun dan Filipina. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :