KUCHING: Langkah Majlis Bandaraya Miri (MBM) diharap akan dicontohi PBT lain di negeri ini kerana usaha benteras rasuah bukan tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata tetapi harus dikongsi semua lapisan masyarakat.
MBM pada Khamis mencatat sejarah tersendiri sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Sarawak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kelolaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, lapor Utusan Borneo
Pengarah SPRM Sarawak, Dato Badrul Shah Norman dipetik sebagai berkata, beliau berbangga dengan kesungguhan warga MBM menyokong usaha SPRM dalam membenteras gejala rasuah dan salah guna kuasa.
"Ini akan menjadi pembakar semangat SPRM untuk berjuang dan melaksanakan tugas memerangi rasuah secara berhabis-habisan, " katanya dipetik Utusan Borneo
Beliau turut berkeyakinan, sebagai wadah baharu menangani rasuah, IBR akan menjadikan MBM sebagai PBT bersih dan bebas rasuah serta memantapkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk dengan nilai integriti tinggi.
Terdahulu, seramai 375 kakitangan dan Ahli Majlis dari 10 jabatan diketuai Pemangku Setiausaha MBM, Morshidi Fredrick menandatangai ikrar bebas rasuah di hapadan SPRM. – Sarawakiana