Penjawat Awam Sarawak Dapat RM500


KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 sempena sambutan Aidilfitri yang akan dibayar pada 15 Jun ini kepada semua penjawat awam negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, dalam kenyataan sebentar tadi, berkata pembayaran bantuan khas berkenaan turut membabitkan kakitangan Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, kerajaan negeri bersikap prihatin terhadap kebajikan penjawat awam negeri dan berharap bantuan kewangan terbabit mampu meringankan beban bagi persiapan menyambut lebaran. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :