JAKARTA: Polis bandar ini menemui satu cara kreatif untuk mengelakkan penduduk di kawasan kejiranan Tenggulun dan Pasar Rumput daripada bergaduh dengan menganjurkan pertandingan catur.
Penduduk di kawasan kejiranan di Jakarta Tengah itu terkenal dengan permusuhan mereka dan sering bergaduh terutama sekali ketika Ramadan.
Ketua polis Menteng, Ronald A Purba berkata, pertandingan catur itu bertujuan menjalinkan hubungan penduduk di dua kawasan berjiran itu.
“Kami berharap melalui pertandingan ini ikatan dan semangat antara penduduk dengan polis akan menjadi lebih baik.
“Apa yang paling penting pergaduhan yang sering berlaku setiap kali Ramadan dapat dielakkan,” katanya yang dipetik portal wartakota.tribunnews.com kelmarin.
Seramai 70 peserta menyertai pertandingan itu dan pemenang bakal menerima piala, sijil dan hadiah wang tunai.
Pertandingan catur itu bermula selepas solat Tarawih dan diadakan di atas jambatan Pasar Rumput.
Menurutnya, penduduk di dua kawasan itu menunjukkan maklum balas yang positif dan berharap pertandingan itu dapat dianjurkan pada setiap tahun.-Agensi
Related Posts :
MENANTI 11 TAHUN LEBIH - SITI NURHALIZA KINI BERGELAR IBU
Alhamdulillah... saat yang dinantikan oleh penyanyi Siti Nurhaliza untuk bergelar ibu akhirnya termakbul apabila selamat melahirkan anak su… Read More...
27 FOTO NIKAH - ELVINA & SUAMI SIBUK, TIADA MASA HONEYMOON
Kira-kira pukul 3.27 petang semalam, pelakon Elvina Mohamad, 23, telah sah bergelar isteri kepada usahawan muda Datuk Mohd Haniff, 34, Borh… Read More...
AZMIN MAKIN TERDESAK, PAS DITUDUH HINA ISTANA!!!
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sebenarnya menghina PAS apabila bertindak menyekat peruntukan ADUN mereka, bidas Pesuruhjaya Negeri,… Read More...
'SINDIR' & JENAMA: "TAK BERI KESAN, USAHA SEJAK 2017" - FAZURA
Sebelum ini Noor Neelofa dikatakan 'menyindir' Nur Fazura, namun begitu.. isteri kepada Fattah Amin ini bagamanapun enggan mempedulikan isu… Read More...
PERDANA MENTERI AUSTRALIA MALUKAN TUN M, MALAYSIAKINI DILARANG LAPOR PENUH INSIDEN MEMALUKAN DI PARLIMEN SWITZERLAND ?
PERDANA MENTERI AUSTRALIA TOLAK CARA TUN M, PARLIMEN SWITZERLAND TOLAK USUL FITNAH
1. Keputusan Parlimen Switzerland dua hari lepas menola… Read More...