#PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit


Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menegaskan kerusi Pujut bukan boleh dibeli dengan duit sambil mengambarkan persaingan sengit yang akan berlaku pada Piliharan Raya Kecil (PRK) Pujut pada 4 Julai nanti.

Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Sim turut mengambarkan cabaran yang bakal dihadapi calon Barisan Nasional (BN) memandangkan kerusi tersebut dikenali sebagai kubu kuat parti pembangkang.

"Pujut merupakan kerusi tradisi SUPP dan sesiapa yang berasa layak untuk dipertimbangkan bertanding menggunakan tiket BN sebelum ini perlu mengemukakan nama kepadanya dan seterusnya menyertai SUPP.

"Usaha gigih dan kerjasama erat dalam BN amat mustahak jika ingin kerusi itu menjadi milik BN semula," katanya.

Tambah Dr Sim, pihaknya telah mengemukakan nama kepada Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk dipertimbangkan.

Selain SUPP, UPP yang juga berhasrat untuk bertanding di kerusi Pujut turut mengemukakan nama kepada Abang Johari.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Negeri 2016, kerusi Pujut dimenangi Dr Ting Tiong Choon daripada DAP selepas menewaskan tiga pencabarnya - Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Kerusi Pujut kosong ekoran Dr Ting hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 12 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 Julai, dan penamaan calon pada 20 Jun. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :