KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mungkin akan menurunkan calon bukan Islam dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut.
“Jika kami (PAS) bertanding, kami berkemungkinan akan meletakkan calon baharu daripada DHPP,” kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sarawak, Zulkipli Ramzi.
“Jika kami (PAS) bertanding, kami berkemungkinan akan meletakkan calon baharu daripada DHPP,” kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sarawak, Zulkipli Ramzi.
Menurutnya, PAS Sarawak telah menyenarai pendek senarai calon yang berpotensi dan akan memilih calon terbaik.
“Meskipun pihaknya telah bersiap sedia untuk bertanding, ia bergantung kepada keputusan PAS Pusat.
“PAS telah melakukan kajian hasil turun padang dan mendapatkan maklum balas daripada masyarakat setempat,” kata Ketua Penerangan PAS Sarawak Muhammad Afiq Mhd Khazar.
Jelasnya, mereka juga telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada awal Mei lalu.
PAS yang meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Jofri Jaraiee hanya sekadar memperolehi 413 undi pada PRN yang berlangsung Mei tahun lalu.
“Kami percaya, hal ini menunjukkan terdapat pengundi di situ yang telah bosan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan mungkin sentimen yang sama terhadap Barisan Nasional (BN),” tegasnya. - Sarawakiana