PRU14 yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini mungkin tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Sumber dalaman memberitahu Sin Chew Daily, penangguhan itu dibuat kerana pada Oktober ini, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.
Antara atur cara yang akan dihadiri pemimpin utama China itu ialah menyaksikan majlis perasmian Xiamen University Malaysia, Sepang yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Semasa lawatan kerja Presiden China di Malaysia, perdana menteri dan jemaah Kabinet perlu hadir. Oleh itu, Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu," kata akhbar ini.
Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU14 kemungkinan jatuh pada September atau Oktober ini dan jika tidak, ia akan ditangguhkan sehingga tahun depan.
"Melihat kepada perkembangan politik semasa dan kedudukan kewangan negara, tahun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU.
"Oleh itu, PRU14 besar kemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan iaitu pada Mac 2018," tulis akhbar ini lagi.
Related Posts :
Mahathir Memang Pakar "U Turn", Puji China Pula Bila Berada Di Jepun
Mahathir memang pakar "U Turn". Banyak perkara Mahathir sudah buat "pusingan u". Dulu kata Anwar peliwat dan layak dipenjara, kini pakai "… Read More...
NURUL IZZAH, MAK LAMPIR PUN LAYAK JADI PM!!!
Banyak perkara yang agak melucukan berlaku dalam Pakatan Haprak tu semenjak sehari dua ini. Beberapa hari lepas, Mat Sabu, Presiden PAN dik… Read More...
Israel Bina 1,500 Rumah Pendatang Yahudi
BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel meneruskan rancangan pembinaan 1,500 rumah pendatang di wilayah Tebing Barat di bawah kawalannya term… Read More...
TH Rancang Bina Kompleks Haji Di Makkah, Madinah
KAMPAR: Tabung Haji (TH) merancang membina kompleks haji di Makkah dan Madinah bagi memudahkan urusan jemaah haji dan umrah Malaysia mela… Read More...
SRK Amuk Gila Kena Prank Komodo Gergasi Di Dubai
KALAU dahulu kecoh Paris Hilton kena prank dengan insiden kapal terbang bakal terhempas, kali ini raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) pu… Read More...