Rayuan pendakwaan kes Lahad Datu bermula hari ini



PUTRAJAYA: Rayuan pihak pendakwaan terhadap 14 warga Filipina yang dibebaskan dan disabitkan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas berhubung pencerobohan Lahad Datu pada 2013, bermula hari ini.

Kesemua tertuduh yang dibawa dalam tiga kumpulan kecil diiringi anggota keselamatan masuk ke Mahkamah Rayuan pada jam 8 pagi. 

Sekitar kawasan mahkamah dan ruang lobi turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan manakala helikopter turut digunakan untuk memantau keselamatan. 

Hanya enam wakil media dibenarkan membuat liputan dalam prosiding rayuan berkenaan berikutan faktor keselamatan. 

Daripada 30 tertuduh yang didakwa pada 2014, sembilan daripadanya dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat selepas didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

Empat lagi dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana menjadi ahli kumpulan pengganas manakala empat lagi dipenjara 13 tahun atas tuduhan sama.-BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :